Wednesday, September 2, 2009
Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
Oleh Rozita (pengasas sendayu tinggi)
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.
Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’.
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.
Renung-renungkanlah wahai temanku...
Monday, August 31, 2009
Merdeka..
actually aku telah melakukan sesuatu yg berani pada hari ini..
i did confessed to someone...
rasa lega sbb sapat memerdekakan diri dari semua persoalan yang aku tertanya-tanya selama ni..
tp jawapan yang diharapkan tidaklah seperti yang diharapkan..tp aku mmg dah agak itu jawapannya..
huhu...am i really a bad person?hmm..aku rasa mmg kesan buatan org ni masih belum hilang dari diri aku..kepada org yang telah berdendam dgn aku tu, even though who you are..aku mintak maaf if aku ada buat salah or aku reject mentah2..tolonglah rungkaikan badi yang telah dihantar selama 3 tahun ini..mmg dia telah berjaya buat aku susah jodoh..
Aku tau aku banyak buat silap sblm ini.tetapi, janganlah hukum aku smpi mcm ni.. Ya Allah, berikanlah hamba Mu ketabahan jiwa dalam menghadapi dugaan Mu..
hmm..that's all 4 tonight..MERDEKA to everyone..
Friday, April 10, 2009
Surat sayang(peringatan) dari Allah SWT
dan berharap engkau akan berbicara kepada KU,
walaupun hanya sepatah kata meminta
pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas
sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu
hari ini atau kelmarin ......
Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk
mempersiapkan diri untuk pergi bekerja ........
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk
berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu
sibuk .........
Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi
selama lima belas menit tanpa melakukan apapun.
Kemudian AKU melihat engkau menggeerakkan
kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara
kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan
menghubungi seorang teman untuk mendengarkan
kabar terbaru.
AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan
AKU menanti dengan sabar sepanjang hari.
Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau
terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.
Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk
berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa
engkau tidak menundukkan kepalamu.
Engkau memandang tiga atau empat meja
sekitarmu dan melihat beberapa temanmu
berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut
sebelum menyantap rizki yang AKU berikan, tetapi
engkau tidak melakukannya ....... masih ada waktu
yang tersisa dan AKU berharap engkau akan
berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau
pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak
hal yang harus kau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari
didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya
menikmati acara yg ditampilkan.
Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau
menonton TV dan menikmati makananmu tetapi
kembali kau tidak berbicara kepadaKU .........
Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada
keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan
tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut.
Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir
untukmu.
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau
sadari.
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana
bersabar terhadap orang lain.
AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU
menantikan sepatah kata, do ' a, pikiran atau syukur
dari hatimu.
Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa
hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk
menyapaKU .......Tapi yang KU tunggu........ tak
kunjung tiba ........ tak juga kau menyapaKU.
Subuh ........ Dzuhur .......
Ashyar ..........Magrib ......... Isya dan Subuh
kembali, kau masih mengacuhkan AKU.... tak ada
sepatah kata, tak ada seucap do ' a, dan tak ada
rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk
bersujud kepadaKU ..........
Apa salahKU padamu ...... wahai HAMBAKU?????
Rizki yang KU limpahkan, kesehatan yang KU
berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU
hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah
hal itu tidak membuatmu ingat
KepadaKU............!!!!!!!
Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU
tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa
KU, memohon perlindungan KU, bersujud
menghadap KU ...... Yang selalu menyertaimu
setiap saat ........
Note: apakah kita memiliki cukup waktu untuk
mengirimkan surat ini kepada orang2 yang kita
sayangi??? uuntuk mengingatkan mereka bahwa
segala apapun yang kita terima hingga saat ini,
datangnya hanya dari ALLAH semata.............
Renungkanlah wahai temanku..
Thursday, April 9, 2009
GOD GREATS CLUE...
Figs are full of seeds and hang in twos when they grow. Figs increase the mobility of male sperm and increase the numbers of Sperm as well to overcome male sterility.









Wednesday, March 18, 2009
Teka Teki
Teka Teki Tekuk...Agak sengal jugak la..hehe
1. Seekor burung sedang terbang lalu terserempak dgn sebuah kapal terbang di udara. Tiba2 burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?
2. Pokoknya di atas bukit daunnya di dlm air. Apakah dia?
3. Kalau manusia jadi ikan, apakah yg akan terjadi kpd ikan?
4. Bas Parkmay sedang bergerak ke Seremban dgn membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yg turun dulu?
5. Dalam banyak2 ikan,Ikan apa yg sentiasa sejuk?
6. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah ?
7. Buah apa yg kita langkah dulu sebelum makan ?
8. Dlm banyak2 haiwan, haiwan apa yg x pernah duduk ?
9. Lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yg malang. Apakah itu?
10. Andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?
11. Emak anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?
12. Apakah solat yg ada 3 tahiyat?
13. Bagaimana utk naik haji jika x ade duit?
14. Apakah tempat yg terkecil di dunia?
15. Dalam banyak2 bola, bola apa yg pemainnya hormat?
16. Dalam banyak2 ikan, ikan aper yang paling rock?
17. Dalam banyak2 lembu, lembu ape yang orang cari?
18. ada la seekor gajah ni, dia nk terbang, mcm mane la dia nk terbang agaknyer?
19. Di dalam banyak banyak teka-teki, binatang aper la yang selalu org teka?
20. Dalam banyak2 peragut, Peragut manakah yang takkan kena tangkap polis?
Jawapannyer:------------>>>>>>>>>
1. burung sedang tutup telinganya
2. daun teh
3. ikan jadi banyak sebab manusia x makan
4. meter bas
5. ikan jaket (gelaran utk ikan cencaru)
6. kerana anak itu perempuan
7. buah dam
8. ikan
9. mancis
10. umur anda
11. Anas
12. solat maghrib masbuk
13. main dam haji
14. setapak
15. bola golf
16. ikan goreng, goreng gitar beb, rockkk
17. lembu hilang
18. dengan bersusah payah ler..
19. teka turkey (ayam belanda)
20. Lembu tengah ragut rumput..
Monday, March 16, 2009
Sick Day..
Friday, March 6, 2009
Tafsiran Mimpi Menurut Islam
- Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
- Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
- Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
- Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
- Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
- Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
- Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
- Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
- Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
- Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
- Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
- Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
- Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
- Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
- Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
- Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
- Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
- Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
- Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
- Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
- Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
- Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
- Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
- Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
- Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
- Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
- Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
- Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
- Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
- Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
- Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
- Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
- Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
- Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
- Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
- Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
- Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
- Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
- Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
- Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
- Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
- Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
- Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
- Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
- Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
- Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
- Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
- Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
- Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
- Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
- Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
- Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
- Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
- Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
- Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
- Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
- Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
- Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
- Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak
Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman
- Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
- Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
- Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
- Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
- Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
- Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
- Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
- Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
- Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
- jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
- Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
- Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
- Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
- Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
- Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
- Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
- Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
- Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
- Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
- Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
- Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
- Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
- Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan
Bermimpi Akan Haiwan
- Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
- Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
- Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
- Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
- Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
- Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
- Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
- Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
- Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
- Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
- Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
- Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
- Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
- Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
- Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
- Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
- Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
- Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
- Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
- Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
- Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
- Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
- Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
- Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
- Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
- Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
- Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
- Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
- Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
- Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal
*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam.....:)