Ketika ini, aku tiba-tiba berasa ragu dan sangsi dengan hati dan perasaan, aku cuba berbicara dengan Allah..."Ya Allah sesungguhnya aku tau Engkau mendengar apa yang aku katakan ini, maka berikanlah petunjuk dan jalan pada hatiku yang keliru ini..Berbicaralah Ya Allah agar aku mendapat petunjuk Mu itu.." Lalu aku menoleh ke arah majalah yang berada ditanganku dan mata ku terus terpandang pada satu artikel yang mengandungi Surah Al-baqarah ayat 216...
Artikel itu berbunyi...:
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.
Ungkapan yang terkenal:
"We can't direct the wind but we can adjust our sail...""Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita..."
Kemudi dalam pelayaran kita adalah hati. hati yang bersifat bolak-balik (terutama bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah, yakin kepada kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakanNya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hambaNya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangkalah baik kepada Allah berdasarkan firmanNya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah al-Baqarah: ayat 216)Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya , "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdirNya maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang..."
Renung-renungkanlah wahai teman-teman...sekiranya kita susah hati maka berbicaralah pada Allah, pasti Allah akan menolong mu kerana Allah itu maha pengasih lagi Maha penyayang...